1. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa mendahulukan
kemahuan dan keinginan suaminya dari
kemahuan dan
kehendaknya sendiri.
2. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa bersikap malu
terhadap suaminya, bersopan santun pada
setiap perkataan dan perbuatan.
3. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa berhias diri bila di
hadapan suami dan sebaliknya apabila
ketiadaan
suami.
4. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa bersedia melayani
dan memenuhi kehemdak batiniah dan
zahiriah suami
bila diperlukan.
5. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa menjaga kebersihan,
kesihatan dan kesempurnaan diri, rumah
tangga
dan anak-anak suaminya.
6. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa mencintai dan
menghormati keluarga suaminya seperti
mana ia mencintai dan menyayangi
keluarganya sendiri.
7. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa menjaga auratnya
dari pandangan yang bukan mahramnya.
8. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa menjaga pandangan
matanya dari perkara-perkara yang tidak
sihat dan
mungkar.
9. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa memberikan
kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada
suaminya selagi
suruhan itu tidak bertentangan dengan
perintah syariat.
10. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa memberikan layanan
dan kasih sayang yang sepenuhnya dan
membuatkan suaminya merasakan rumah
tangganya itu sebagai tempat yang paling
selamat untuk mendapat ketenangan dan
kebahagiaan.
11. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa menjaga rahsia serta
maruah suami dan keluarganya, demikian
juga
dengan maruahnya sendiri.
12. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa menjadikan
suaminya sebagai ketua dalam rumah
tangga mereka sesuai
dengan sifat-sifat yang telah dianugerahkan
Allah kepada kaum lelaki.
13. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa memohon keizinan
suaminya untuk keluar dari rumah kerana
sesuatu
hajat yang diharuskan oleh syara ’.
14. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa memohon keizinan
suaminya jika mahu mengerjakan puasa
sunat.
15. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa bersyukur dan
tenang di atas segala dugaan dan nikmat
dari Allah
yang diberikan kepada suaminya.
16. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa menemani
suaminya ke muka pintu bila ia hendak
keluar dan menyambutnya dengan
senyuman bila ia pulang.
17. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang tidak membenarkan lelaki
bukan mahram memasuki rumah ketika
ketiadaan
suami.
18. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa bersedia
melaksanakan tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang
isteri, ibu dan segala perintah Allah dengan
tabah dan sabar.
19. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa berdiam diri dan
mendengar bila suaminya sedang
bercakap.
20. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang tidak meminta sesuatu yang
lebih dari suaminya sedangkan ia tidak
mampu untuk menunaikannya.
21. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang sentiasa menerima
pemberian suaminya dengan penuh
kesyukuran dan keikhlasan.
22. Wanita teladan & isteri solehah ialah
mereka yang bijak menguruskan harta
suami dalam berbelanja dengan kadar
yang
sederhana dan tidak membazir
No comments:
Post a Comment