Kuuntai kalimatku dengan goresan pena ini,
untukmu, suamiku yang kucintai, semoga
engkau lebih berbahagia.
Membaca suratmu, wahai suamiku,
menjadikan aku ingat masa lalu. Aku
merasakan makna kalimat-kalimatmu
sebagaimana aku rasakan tatkala engkau
sampaikan kalimat-kalimat itu saat kita baru
memulai hidup bersama dahulu. Kini,
setelah semua berlalu, dan setelah aku
hampir terlupa akan kalimat-kalimat itu,
engkau goreskan kalimat itu untuk kedua
kalinya. Kusampaikan jazakallohu khoiran,
Suamiku, atas kebaikanmu, dan atas
perhatianmu kepadaku, isterimu.
Suamiku yang kucinta …
Mungkin engkau telah begitu sering
mendengar kata-kata permintaanku.
Namun, aku berharap engkau takkan jemu
menanggapinya. Saat ini pun, aku katakan
padamu, wahai suamiku, bantulah aku
menjadi sebaik-baik perhiasan duniamu.
Bantulah aku menjadi salah satu dari
keempat kebahagiaan hidupmu. Bila
engkau meminta agar aku membantumu
untuk memperbaiki akhlak dan
pergaulanmu kepadaku, maka lebih dari
itu, aku begitu berharap engkaulah orang
yang akan mengantarkanku ke taman
akhlak yang mulia bersamamu.
Suamiku, jika engkau bersungguh-
sungguh mengatakan kepadaku apa yang
engkau goreskan itu, maka lebih dari itu,
aku pun berharap engkau lebih
bersungguh-sungguh membimbing,
mengayomi, dan menyertakanku dalam
seluruh kebaikanmu. Aku ingat nasihat
emas Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam
meski itu lebih tepat disebut peringatan.
Peringatan bagiku sebagai seorang isteri,
yang tentunya perlu engkau tahu, meski
aku kira engkau pun telah mengetahuinya.
Aku ingat saat beliau shalallahu ‘alaihi
wasallam memperingatkan seorang wanita
sebagai isteri sepertiku dengan sabdanya
shalallahu ‘alaihi wasallam,
“Maka perhatikanlah, wahai si isteri,
bagaimana kalian mempergauli suamimu.
Sesungguhnya ia adalah syurga atau
nerakamu. ” [HR. Ahmad 4/341 dan 6/419,
dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam
Shohihul Jami' 1509 dan ash-Shohihah
6/220.]
Begitu jelasnya makna nasihat beliau itu,
dan begitu tegasnya pernyataan beliau
shalallahu ‘alaihi wasallam. Dengan goresan
pena kita ini, semoga engkau tahu, wahai
suamiku, bahawa aku begitu sangat
berharap syurga dan tidak ingin terjebak ke
neraka sementara aku punya engkau,
suamiku. Aku tahu engkau bererti syurga,
juga bererti neraka bagiku. Namun, aku
berharap engkau mau mengerti bahawa
aku tidak menginginkan neraka. Engkau
pun pasti juga begitu. Maka, bantulah aku,
suamiku.
Suamiku, tentunya engkau tahu bahawa
jalan menuju syurga tidaklah mudah.
Namun aku berharap jalan itu akan
dipermudah bagiku. Aku berharap jalan
syurgaku akan dengan mudah kutelusuri
bersamaan dengan tetap adanya aku di
sisimu. Apakah engkau memahami
maksudku, suamiku? Aku hanya ingin
mengatakan satu pintaku: buatlah aku
mampu melakukan apa pun yang
membuatmu redha kepadaku, sebab
dengan begitu Allah pun akan meredhaiku.
Sebaliknya, belokkanlah langkahku bila aku
melakukan sesuatu yang membuat Allah
memurkaiku sehingga engkau pun murka
kepadaku. Kerana kau tahu aku begitu
lemah untuk menunaikan seluruh hak-
hakmu. Bahkan tiada mungkin aku
menunaikan seluruhnya sebab begitu
agung dan tak terhingga hak-hakmu.
Bukankah Rasulullah shalallahu ‘alaihi
wasallam telah menegaskan:
“ Hak seorang suami yang harus ditunaikan
oleh isteri itu (nilainya begitu besar),
sehingga seandainya suami terluka
bernanah di badannya, lalu isterinya
menjilatinya pun belum dinilai ia telah
menunaikan haknya. ” [HR. Hakim dalam al-
Mustadrok 2717 dan beliau mengatakan
hadits ini sanadnya shohih, dishohihkan
oleh Syaikh al-Albani dalam Shohihul Jami'
3148]
Rasanya, sangatlah berat bagiku untuk
meraih syurga itu. Mengingat betapa untuk
menunaikan hak-hakmu saja begitu berat
bebannya kurasa.Maka, aku hanya ingin
engkau menunaikan sebagian saja dari
hak-hakku agar aku mampu menunaikan
hak-hakmu dengan seimbang. Semoga
engkau mengerti ini, dan semoga engkau
sudi menerimanya, isterimu yang lemah
ini. Kerana aku tahu, seperti engkau juga
telah tahu, bahawa Allah Ta ’ala tidak
mewajibkan kepadamu selain sebagian
hak-hakku semata. Bukan seluruh hak-
hakku harus engkau tunaikan sehingga
betapa akan semakin berat kiranya aku
menunaikan hak-hakmu.
Suamiku, sejujurnya aku katakan bahawa
kebahagiaan rumahku adalah tanggung
jawabku. Menyambutmu dengan
senyuman adalah rutin keseharianku.
Ketenanganmu begitu membahagiakanku.
Aku sangat suka kejayaanmu meski hanya
dengan sedikit bantuanku. Saat kutahu apa
maumu, begitu ringan hidupku. Semuanya
kulakukan kerana aku merasa seandainya
aku tidak melakukannya, hak-hakmu yang
mana lagi kiranya yang kuasa kutunaikan.
Maka pintaku, bantulah aku, suamiku.
Suamiku, aku tahu, sebagaimana engkau
pun tahu, solat adalah sebuah kunci syurga
bagiku. Maka bantulah aku, suamiku,
sebagaimana aku biasa membantumu
untuk mampu bersama-sama
menunaikannya dengan baik dan diterima
oleh-Nya Ta ’ala.
Aku pun tahu, sebagaimana engkau juga
tahu, puasa Romadhan adalah satu kunci
syurga yang lain bagiku. Maka bantulah
aku, suamiku, sebagaimana aku biasa
membantumu untuk mampu bersama-
sama menunaikannya dengan baik, dan
semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.
Aku tahu sebagaimana engkau juga tahu,
bahawa ragaku ini, diriku ini, hanya halal
buatmu seorang. Maka pintaku, berilah aku
sesuatu yang halal yang mampu kunikmati
sebagai nafkah lahir dan batinku. Bantulah
aku berlaku pintar menunaikan hakmu,
sebagaimana aku akan berusaha
menjadikanmu pandai berbaik-baik
kepadaku. Dengan begitu, aku berharap
agar kita berkesempatan bersama
menggapai redha-Nya.
Aku juga tahu, sebagaimana engkau juga
telah tahu bahawa menaati perintah dan
ajakanmu melakukan apa pun yang Allah
redhai adalah salah satu kunci syurga yang
lain bagiku. Maka pintaku, bila aku tidak
kuasa melakukannya, janganlah engkau
murkai kekuranganku tapi perintahlah aku
dengan sesuatu yang lain yang aku kuasai
melakukannya. Dan bila aku telah kuasa
melakukan apa yang engkau perintahkan,
dan aku telah memenuhi ajakanmu,
janganlah lupakan Dzat Yang Maha Kuasa
di atas sana.
Bersyukurlah kepada-Nya sebelum kau
ucapkan kata terima kasihmu padaku.
Dengan begitu, aku berharap redhaNya
dan juga redhamu. Kerana aku berharap
syurga-Nya. Semoga engkau memahami
ini, suamiku.
Seandainya ada tinta emas dalam pena kita
ini, tentu aku akan tuliskan sabda Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wasallam ini sebagai syi’ar
yang lebih bererti bagiku, dan semoga
akan selalu kita baca dan kita tunaikan
bersama. Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam
pernah bersabda,
“ Jika seorang isteri telah baik shalat lima
waktunya, telah baik puasa
(ramadhannya), telah baik dalam menjaga
kemaluannya, telah baik ketaatannya
kepada suaminya, maka dikatakan
kepadanya: “Masuklah kamu ke dalam
surga dari pintu mana pun yang kau suka”.
[HR. Ahmad 1573, dishohihkan oleh Syaikh
al-Albani dalam Shohihul Jami' 660]
Suamiku, jujur aku katakan, bukan aku
belum pernah mendapati bantuanmu.
Bukan. Bukan aku belum pernah
mendapati engkau penuhi pintaku. Bukan.
Namun aku bersyukur kepada Allah Ta ’ala,
selanjutnya kepadamu, atas semua yang
telah engkau berikan sebagai kemudahan
bagiku menuju redha-Nya dan redhamu.
Aku hanya berharap menjadi isterimu
yang akan menyenangkanmu di dunia
juga di akhiratmu. Bantulah aku, semoga
Allah memberkahi kehidupan rumah
tangga kita.
Dari yang mencintaimu,
Isterimu.
www.shalihah.com
Dinukil dari Majalah al-Mawaddah, Edisi
ke-7 Tahun ke-2 :: Shofar 1430H :: Februari
2009
No comments:
Post a Comment